Casio G-Shock GM-2100MG-1ADR Dengan Rekaan Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1299

Diterbitkan pada Jan 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah anda peminat astronomi? Sekiranya Casio Malaysia telah melancarkan jam tangan terkini mereka dengan rekaan bertemakan bulan hari ini. Casio G-Shock GM-2100MG-1ADR ialah jam tangan bertemakan bulan pertama yang ditawarkan di Malaysia dengan beberapa ciri rekaan yang menarik.

Tubuh diperbuat daripada logam tahan karat yang disadur dengan emas. Bahagian bezel, muka jam dan panel belajang diukir dengan tekstur permukaan bulan. Bahagian tali dan bezel diperbuat daripada bahan resin tahan lasak yang membolehkan mempunyai kemampuan menyerap hentakan yang baik. Sistem lampu LED standard Casio disertakan untuk memudahkan waktu dilihat pada waktu malam lengkap dengan skrin LCD teribina.

Jam analog ini turut hadir dengan ciri jam randik, pemasa, kalender sehingga 2099, penggera dan waktu automatik untuk 31 zon waktu. Ia turut boleh digunakan untuk menyelam sehingga kedalaman 200 meter. Di Malaysia Casio G-Shock GM-2100MG-1ADR dijual pada harga RM1299 sepasang pada Februari 2022.

komen


© Amanz / 2022 Kami