Aplikasi Newswav merupakan salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada penemuan berita-berita terkini melaluinya. Ia ditawarkan untuk platform Android dan iOS, selain menghimpunkan berita daripada lebih 200 penerbit kandungan.
Terbaru, hari ini Newswav mengumumkan penerimaan suntikan dana berjumlah RM6 juta daripada pelaburan yang diketuai oleh OSK Ventures. Sebelum ini, Newswav sedia mempunyai pelabur, termasuk BFM Capital dan juga YYC Ventures.

Dengan pelaburan baharu ini, Newswav akan lebih mempromosikan aplikasi dalam mendapatkan angka pengguna baharu ke aplikasi mereka. Selain itu, pelaburan juga akan memfokuskan ke arena kandungan, selain pembangunan teknologi pengiklanan.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba aplikasi Newswav hari ini secara percuma di Android dan juga iPhone.