Kelajuan Median Internet Mudah-Alih Di Malaysia Kini Mencapai 25.19Mbps

Diterbitkan pada Jan 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Speedtest kini telah mengemaskini data bulanan mereka berkaitan kelajuan internet seluruh dunia, termasuk Malaysia. Mengikut data bulan Disember 2021 yang dikeluarkan, kelajuan internet mudah-alih median di Malaysia adalah 25.19Mbps.

Sementara kelajuan muat-naik internet mudah-alih adalah jauh dibelakang dengan kadar 7.66Mbps. Kadar pendam adalah sekitar 28ms.

Menurut Speedtest, Malaysia menduduki tangga ke-72 dari segi kadar kelajuan median internet mudah-alih seluruh dunia.

Speedtest kini menggunakan paparan data bulanan dalam bentuk kelajuan median – yang memberikan data lebih tepat, berbanding penggunaan kelajuan purata sebelum ini. Dengan kadar median, ia mengambil kelajuan pada bahagian taburan tengah – sekaligus memberikan gambaran yang lebih baik kepada orang ramai.

komen


© Amanz / 2022 Kami