FoodPanda Kini Hadir Dengan Promosi Langganan Pelan Keahlian PandaPro Serendah 88 Sen Sebulan
Aman
FoodPanda sedia menyediakan keahlian khusus dinamakan PandaPro. Melaluinya, pengguna perlu melakukan bayaran bulanan, dan menikmati sejumlah kelebihan seperti baucar diskaun, penghantaran percuma, dan beberapa ganjaran menarik.

Terbaru, FoodPanda hadir dengan promosi masa terhad, membolehkan orang ramai mendapatkan keahlian PandaPro pada harga serendah 88 sen sebulan.
Pelan ini perlu dilanggan untuk tempoh setahun, dimana ia berjumlah RM10.56. FoodPanda mengatakan mereka menawarkan diskaun sehingga 97% untuk membolehkan lebih ramai mencuba dan gunakan PandaPro.
Kebiasaannya, langganan PandaPro berharga RM14.90 sebulan. Bagi anda yang berminat dengan promosi ini, boleh menyemaknya melalui aplikasi FoodPanda, pada bahagian PandaPro hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.