Tag RFID Tidak Digalak Dipasang Pada Cermin Gelap, Berhati-Hati Ketika Mencuci

Diterbitkan pada Jan 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pihak PLUS telah mengimplementasi penggunaan RFID pada plaza tol mereka, sekaligus membuatkan lebih ramai kini boleh mencuba kaedah pembayaran berasaskan RFID pada plaza tol.

Untuk makluman, ia turut hadir dengan beberapa peringatan kepada pengguna. Melalui FAQ, pihak Touch ’n Go yang menyediakan pelekat RFID menyatakan pengguna tidak digalakkan untuk memasang tag RFID pada bahagian atas cermin gelap. Pelekat RFID juga perlu dipasang jauh dari besi.

TNG mengatakan kandungan pada lapisan kaca yang digunakan untuk menapis haba pada cermin kenderaan perlu diuji kerana ia mungkin memberikan kesan kepada pembacaan TNG RFID – sekaligus menyukarkan proses melepasi plaza tol.

Selain itu, pengguna juga perlu berhati-hati ketika mencuci di kawasan sekitar tag RFID, dan mengelak menggunakan pencuci atau cecair kimia di kawasan tag RFID.

Pengguna turut digalakkan memasang di pusat pemasangan bagi membolehkan tag RFID diuji sebelum digunakan di plaza tol. Sekiranya anda melakukan pemasangan sendiri, rujuk bahan yang disediakan dalam memastikan anda memasang dengan baik untuk mengelak gangguan pada perjalanan.

komen


© Amanz / 2022 Kami