Google Play Games Untuk PC Kini Dalam Bentuk Beta Di Beberapa Buah Negara – Main Permainan Android Pada Windows

Diterbitkan pada Jan 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini telah memulakan ujian beta untuk Google Play Games pada PC, sekaligus membolehkan para pengguna memainkan sejumlah permainan yang sedia ditawarkan di Android, pada komputer Windows.

Dengan langkah ini, para pemain boleh menikmati permainan kegemaran pada skrin bersaiz besar dan menggunakan input tetikus dan papan kekunci untuk lebih keselesaan. Disamping itu, Google Play Games juga akan selarikan tahap permainan anda pada pelbagai peranti.

Google mengatakan pengguna memerlukan komputer yang menjalankan Windows 10 dan terkini, selain turut mempunyai sekurangnya 8GB RAM, storan berasaskan SSD, dan juga sokongan GPU pada komputer.

Utuk peringkata awal, beta ditawarkan di negara Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan sahaja. Ia tidak diketahui bilakah penawaran ini akan diperluaskan oleh Google.

komen


© Amanz / 2022 Kami