MediaTek kni mengumumkan mereka berjaya dalam demonstrasi teknologi Wi-Fi baharu, iaitu Wi-Fi 7, sekaligus membawa kepada sokongan teknologi rangkaian generasi baharu.
Wi-Fi 7 dilihat sebagai pengganti sebenaar untuk sambungan Ethernet, menawarkan kadar pemindahan berkelajuan tinggi dengan kapasiti lebih besar. Hal ini sekaligus memastikan aliran trafik rangkaian baik ketika menggunakan aplikasi seperti panggilan video, hiburan 8K, permainan video atas-taalian, dan sebagainya.

Disamping itu, ia juga akan menjadi titik tolak dalam mempopularkan aplikasi AR/VR. MediaTek memperlihatkan Wi-Fi 7 berjaya mencapai had kelajuan maksimum yang ditetapkan oleh IEEE 802.11be dengan kadar bandwidth sehingga 320Mhz, serta sokongan protokol teknologi Multi-Link Operation (MLO).
Wi-Fi 7 juga menyokong spektrum 2.4Ghz, 5GHz dan juga 6Ghz, serta menawarkan kelajuan 2.4x lebih pantas berbanding Wi-Fi 6 hari ini.
MediaTek menyasarkan produk Wi-Fi 7 akan dikomersilkan bermula 2023 kelak.