Lenovo 10w Tablet Dan 13w Yoga Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Jan 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lenovo kini hadir dengan penawaran dua tablet baharu yang memfokuskan kepada tujuan asas seperti sesi pembelajaran dan aktiviti produktiviti secara menyeluruh. Melaluinya, Lenovo 10w Tablet dan Lenovo 13w Yoga telah diumumkan secara rasmi.

Bercakap mengenai Lenovo 10w Tablet, ia dilengkapi skrin 10.1-inci IPS LCD beresolusi FHD, nisbah aspek 16:10 dan kecerahan puncak 400 nits. Pada masa sama, paparannya turut menggunakan Corning Gorilla Glass sebagai pelindung utama. Seterusnya, ia juga dijana oleh cip Snapdragon 7c, memori sehingga 8 GB RAM LPDDR4x dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri berkapasiti 30 Whr yang turut sama menyokong tablet ini. Di samping, tetapan kamera utama 8MP dan kamera swafoto pula sebesar 2MP. Tidak ketinggalan, peranti turut menyokong aksesori tambahan seperti stilus dan papan kekunci fizikal.

Seterusnya, Lenovo 13w Yoga pula adalah sebuah komputer riba dengan paparan beresolusi HD sebesar 13.3-inci dengan kecerahan puncak 300 nits. Turut melengkapinya, sebuah kamera webcam beresolusi 1080p yang turut dilengkapi penutup untuk tujuan privasi. Bersama-samanya turut sama terdapatnya kamera utama sebesar 5MP yang diletakkan pada papan kekunci komputer riba. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari yang terbina pada butang kuasa, memori sehingga 16GB DDR4 RAM, storan dalaman mencapai 512GB SSD, bateri 51Whr dan sistem audio Dolby.

Untuk harga, Lenovo 10w Tablet dijual bermula $329 (~RM1,376) dan boleh didapati dalam kemasan Abyss Blue. Sementara itu, Lenovo 13w Yoga pula berharga bermula $749 (~RM3,133) dengan pilihan warna Thunder Black bersama binaan badan aluminium yang premium.

Sumber : StoryHub

komen


© Amanz / 2022 Kami