Cari @ Amanz

Red Magic adalah jenama peranti yang memfokuskan kepada telefon pintar yang memfokuskan permua. Mereka juga sama seperti Black Shark dan Asus ROG, ada banyak produk lain selain telefon bagi melengkapkan ekosistem permainan mereka.

Dengan dunia yang kini mula fokus kepada Metamesta, Red Magic dilihat turut ingin menyertai alaf baru teknologi ini. Melaluinya mereka memperlihatkan konsep Red Magic Meta Universe Concept iaitu set kepala realiti maya khusus untuk Metamesta.

Selain itu, Red Magic turut akan lebih berkembang dalam arena permainan video pada tahun ini dengan melancarkan lebih banyak produk gaming seperti monitor untuk e-sukan, penghala e-sukan, papan kekunci gaming, tetikus gaming dan lebih banyak lagi dalam kategori sama.

Red Magic turut akan menggunakan teknologi SLAM iaitu penyetempatan dan pemetaan serentak (SLAM) daripada ZTE bagi menjayakan lagi konsep mereka. Tidak berhenti di situ, lebih banyak kandungan gaming premium juga mereka ingin tawarkan kepada pengguna agar boleh memanfaatkan produk dan mempunyai pengalaman lebih imersif.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada mereka dan lihat sejauh mana impian Red Magic boleh capai dalam alam Metamesta dan gaming yang lebih imersif.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd