Nanoleaf Menghentikan Jualan Panel Lampu Aurora Generasi Pertama

Diterbitkan pada Jan 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nanoleaf hari ini mengumumkan mereka menghentikan jualan panel lampu aurora generasi pertama mereka. Walaupun ditamatkan penjualannya, lampu berkenaan akan terus disokong melalui aplikasi Nanoleeaf, selain turut menawarkan alat ganti sehingga penghujung 2023 kelak.

Bagi yang tidak mengenali akan Nanoleaf, ia merupakan panel lampu aurora yang boleh dipasang di rumah, dan selarikan pencahayaan ia. Lampu aurora ini sering digunakan penerbit kandungan di YouTube dan beberapa platform lain dalam memastikan hasil video mereka unik dan lain daripada lain.

Dengan penamatan ini, Nanoleaf kini memfokuskan kepada penawaran lampu aurora generasi baharu yang menyokong sejumlah teknologi baharu, termasuk sokongan Thread – yang memudahkan ia dipautkan dengan pelbagai produk peranti berhubung lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami