Surface Pro 8 Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Pada Harga Bermula RM4950

Diterbitkan pada Jan 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft hari ini mengumumkan pra-tempahan untuk Surface Pro 8, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan komputer dua-dalam-satu tersebut untuk pasaran Malaysia pada harga RM4950.

Surface Pro 8 hadir dengan skrin sentuh bersaiz 13-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip Intel Core Gen-11 dengan sokongan port Thunderbolt 4, bateri sehingga 16 jam, dan sokongan audio Dolby Atmos.

Melengkapkan ia juga kameera belakang 10-megapixel dengan sokongan 4K, selain kamera hadapan 5-megapixel. Surface Pro 8 turut menyertakan sokongan input melalui Surface Slim Pen 2.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan model Intel Core i5 dengan 8GB RAM dan 128GB SSD pada harga RM4950. Model sama dengan cip Intel Evo Core i5 dan storan 256GB pula ditawarkan pada harga RM5250.

Bagi anda yang inginkan memori tambahan, variasi 16GB RAM dan 256GB storan ditawarkan pada RM6490.

Untuk anda yang perlukan kuasa tambahan, Intel Evo Core i7 dengan 16GB RAM dan 256GB storan ditawarkan pada harga RM7350, sementara dengan 512GB storan pada harga RM8750.

Semua pra-tempahan akan turut hadir dengan Surface Signature Keyboard bernilai RM699 secara percuma.

Pra-Tempah : Surface Pro 8

komen


© Amanz / 2022 Kami