Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berkongsi mengatakan mereka bakal memperkenalkan dua projek rantaian-blok dibawah payung JDT Digital pada tahun ini. Dua projek berkenaan adalah JDT Fan Token dan juga JDT NFT Marketplace.
Melalui penawaran ini, ia akan membolehkan para penyokong dan peminat JDT turut menyertai dalam pelbagai perkembangan kelab bola-sepak berkenaan.

JDT Fan Token akan membolehkan para penyokong untuk mengundi dalam beberapa keputusan bukan teknikal berkaitan kelab berkenaan, selain turut menikmati pelbagai promosi eksklusif yang tidak ditawarkan melalui platform lain.
Sementara melalui JDT NFT Marketplace pula akan membolehkan para peminat dan penyokong mengumpulkan karya seni yang diinspirasikan oleh kelab.
Pembeli juga dijangka akan dapat menikmati sejumlah pengalaman eksklusif, terasuk bersma VIP, pengalaman unik bersama pemain, selain akses kepada memorabilia JDT.
Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan bilakah JDT akan berkongsi lanjut dan melancarkan JDT Digital ini.