Cari @ Amanz

Maybank sebelum ini sedia menawarkan ciri Sama-Sama Lokal yang memudahkan pengguna melakukan tempahan makanan daripada pekedai kecil dan gerai makanan, sekaligus membayar menggunakan perbankan Maybank.

Menariknya, kini Maybank bergerak lebih aktif dalam arena ini, dan mengintegrasikan terus ciri tempahan makanan pada aplikasi MAE.

Ini sekaligus aplikasi MAE menjadi aplikasi perbankan pertama di Malaysia yang menyertakan ciri tempahan makanan, serta memudahkan para pengguna aplikasi MAE melakukan tempahan makanan.

Sama-Sama Lokal tidak mengambil sebarang komisyen atas jualan, dan percuma untuk para pemilik kedai. Pada hari ini, platform berkenaan mempunyai lebih 14,000 pekedai.

Dengan integrasi ini, pengguna aplikasi MAE boleh klik pada banner Sama-Sama Lokal, dan melakukan tempahan melalui pemilihan pekedai, serta melakukan pembelian makanan.

Selari pengenalan ini juga, Maybank menawarkan 50% diskaun pada penjual terpilih, selain potongan sehingga RM10 untuk penghantaran bagi pembelian minimum RM20 – sehingga 31 Januari 2022. Pelanggan juga boleh menikmati diskaun 28% dan potongan sehingga RM10 untuk penghantaran bagi pembelian minimum RM30 – sehingga 27 Februari 2022.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd