Astro Hadir Dengan Pakej Jimat RM109.99 Sebulan Untuk Internet 30Mbps + 90 Saluran Astro

Diterbitkan pada Jan 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Astro kini memulakan tahun baru 2022 dengan promosi berkas langganan internet dan juga saluran Astro. Melalui Pakej Jimat 109, Astro menawarkan akses kepada internet berkelajuan 30Mbps bersama-sama akses kepada 90 saluran Astro pada harga RM109.99 sebulan.

Dengan promosi pakej ini, para pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM39 sebulan.

Pelanggan akan diberikan dengan Astro Ulti Box, serta akses kepaada Astro Go bagi menikmati kandungaan bila-bila diperlukan.

Disamping itu, Astro mengatakan pelanggan turut boleh naik-taraf ke pakej Entertainment Plus Pack pada harga RM199.99 sebulan, yang turut menawarkan akses penuh ke Netflix. Sekiranya anda berminat, boleh layari laman Pakej Jimat Astro hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami