Cari @ Amanz

Sistem operasi Windows 11 memperlihatkan rekaan antaramuka serba baru pada banyak bahagiannya, tetapi beberapa menu dilihat masih lagi menggunakan rekaan sama yang dapat dilihat pada Windows 10, 8 dan juga Windows 7 sebelumnya.

Terkini, Microsoft nampaknya akan memperlihatkan rekaan antaramuka baru pada tetingkap Task Manager, yang telah ditemui baru-baru ini. Antaramuka Task Manager ini boleh diakses, dan disimpan didalam versi Windows 11 Preview Build terbaru, tetapi tidak diaktifkan lagi kerana ia masih lagi berada dalam fasa rekaan.

Hanya satu gambar Task Manager ini dapat dilihat, tetapi keunikannya disini ialah ia akan hadir dengan sokongan untuk mod gelap juga, selari dengan pelbagai tetingkap fungsi yang hadir pada Windows 11.

Task Manager ialah fungsi yang digunakan orang ramai untuk membunuh tugasan-tugasan yang tidak berfungsi dan mengurangkan beban memori dan pemprosesan dengan cepat dan mudah.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi sekiranya Microsoft akan memperkenalkan fungsi baru pada Task Manager ini, tetapi kami jangka ia akan diperlihatkan pada kemaskini besar Windows 11 yang seterusnya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd