Carian
Crypto.com Mengesahkan Sejumlah Akaun Pelanggan Digodam – Rugi Hampir RM142 Juta
January 20, 2022 Aman

Crypto.com, salah satu perkhidmatan dagangan kriptowang popular di dunia, hari ini berkongsi lanjut, dan mengesahkan perkhidmatan mereka telah digodam, sekaligus membawa kepada kehilangan dana.

Menurut Crypto.com, seramai 483 pengguna terjejas, dimana akaun mereka telah diakses pengodam. Pengodam berkenaan juga teelah mengeluarkan sebanyak 443.93 Bitcoin, 4836.26 Ethereum dan kriptowang lain bernilai sekitar $66200. Secara keseluruhan, kerugian ini adalah berjumlah hampir RM142 juta.

Pihak Crypto.com buat masa ini telah menggantikan kembali dana yang hilang yang dialami oleh pengguna mereka.

Inside pengodaman ini dilihat berlaku disebabkan oleh masalah dengan sistem 2FA mereka. Sejak insiden ini berlaku, pihak Crypto.com telah mengemaskini sistem mereka.

Komen