Cari @ Amanz

Facebook dan Instagram kini dalam persediaan sebuah ciri baharu, yang akan membolehkan para pengguna memaparkan NFT pada profil masing-masing.

Laporan Financial Times ini hadir selepas pihak Instagram mengesahkan sedang melihat pada arena NFT.

Ia dikatakan pihak Facebook turut ingin membolehkan orang ramai untuk menerbitkan atau dipanggil ramai sebagai “mint” sesuatu NFT, dan turut berjual-beli NFT melalui platform Facebook.

NFT merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Ia berfungsi sebagai sebuah geran untuk aset digital – dan sering digunakan ramai secara meluas untuk jual beli karya seni dan grafik digital.

Usaha Facebook ini dilihat akan turut melengkapkan arena metamesta yang sedang dibangunkan oleh mereka. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkan sokongan ini, selain menyokong laman dagangan NFT.

Selain Facebook dan Instagram, pihak Twitter turut sedang melihat dan telah mula melakukan integrasi pada platform mereka untuk paparan NFT sebagai gambar profil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd