Carian
i-City Dan Huawei Bekerjasama Membangunkan Bandaraya Pintar Generasi Baru
January 20, 2022 Effi Saharudin

i-City di Shah Alam lebih dikenali ramai dengan taman tema salji, pameran patung lilin dan pokok berlampu. Tetapi ramai mungkin terlupa tujuan sebenar ia dibangunkan ialah bagi menjadi sebuah bantar pintar di Selangor. Impian ini masih lagi berbara dan i-Berhad telah menandatangani perjanjian dengan Huawei Enterprise Malaysia untuk membangunkan bandaraya pintar generasi hadapan.

Jika dahulu sebuah bandar pintar hanya perlu mempunyai capaian Internet pantas, Huawei dan i-Berhad ingin membina sebuah banda yang pintar dari pelbagai aspek. Misalnya penduduk boleh menaiki bas dengan kemampuan swapandu bagi mengelakkan kesesakan di jalan raya. Rangkaian kamera litar tertutup pintar pula boleh menghalang jenayah sebelum berlaku dan bangunan pintar menjimatkan penggunaan tenaga. Kesemua perkhidmatan di dalam bandaraya boleh diakses oleh penduduk menerusi aplikasi i-City Super App.

Huawei dipilih sebagai rakan teknologi kerana mereka merupakan syarikat teknologi terkemuka dari Timur yang telah mempunyai ekosistem pintar mereka tersendiri. Adakah banda pintar i-City akan akhirnya mencapai tujuan asal?

Sumber Rnggt

Komen