Cari @ Amanz

Mereka yang aktif dengan dunia penstriman pasti akan kenal jenama Mecool. Lebih-lebih lagi di Malaysia, kerana mereka menjual kotak set Android TV pada harga mampu milik bersaing dengan jenama besar seperti Xiaomi. Baru-baru ini mereka ada melancarkan dongel Google TV, Mecool KD3.

Terkini, Mecool telah melancarkan pembesar suara pintar Google Assistant baharu pula – Mecool HomePlus KA1.

Apa yang menarik dengan Mecool HomePlus KA1 adalah, ia bukan sekadar pembesar suara pintar, tetapi turut berfungsi sebagai kotak set Android TV 11. Homeplus ini juga menyokong penstriman resolusi 4K, dijana dengan cip Amlogic S905X4 dengan GPU ARM Cortex-A55, Bluetooth 5.0, memori sehingga 4GB RAM, storan dalaman mencapai 32GB, serta menyokong mikrofon jarak jauh untuk pengecama dan kawalan suara.

Pembesar suara pintar Android TV ini juga hadir dengan empat lampu LED sebagai indikasi Google Assistant dan lain-lain lagi. Seperti pembesar suara pintar lain, produk ini juga ada ciri privasi dan sekuriti untuk terus matikan mikrofon agar Google tidak sentiasa mendengar.

Harga jualan adalah $249, iaitu sekitar RM1044 dengan sokongan penghantaran ke seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd