Samsung hari ini mengesahkan mereka akan mengadakan sebuah acara khas, Samsung Unpacked pada bulan Februari 2022 ini. Samsug dijangka akan memperkenalkan peranti baharu dibawah keluarga Galaxy S22 pada acara berkenaan.
Melalui perkongsian ringkas Samsung berkenaan acara berkenaan, Samsung menyentuh mengenai Galaxy Note dan inovasi yang dibawakan oleh Samsung. Menurut Samsung, melalui acara Unpacked pada Februari ini, mereka akan gabungkan siri Galaxy S dan juga Galaxy Note dalam satu peranti.
Samsung menjanjikan penawaran kamera yang berkuasa, bateri bertahan sepanjang hari, serta pengalaman dan ekosistem Galaxy menyeluruh.
Secara kasar, Samsung turut menggunakan terma “Ultra”, sekaligus memberikan petanda ia akan dinamakan Galaxy S22 Ultra – seperti desas-desus sebelum ini.
Apa pun, sama-sama kita nantikan Februari ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh Samsung.