Pelanggan Twitter Blue Di iOS Kini Boleh Menggunakan NFT Sebagai Gambar Profil
Nazrin
Pada minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa Twitter dilihat sedang menguji kebolehan untuk menggunakan NFT sebagai gambar profil mereka. Terkini, fungsi tersebut nampaknya sudah mula diperkenalkan pada para pelanggan perkhidmatan Twitter Blue.
Twitter kini dilihat memperkenalkan ciri dinamakan “NFT Profile Pictures”, yang membolehkan seseorang pengguna memilih koleksi gambar NFT mereka, dan menggunakannya sebagai gambar profil di Twitter.
Gambar profil NFT juga akan dipaparkan dalam bentuk heksagon, memberikan kelainan berbanding gambar biasa yang dimuat-naik ke akaun pengguna.
Fungsi NFT Profile Picture ini dilihat hanya diperkenalkan untuk para pelanggan Twitter Blue pada platform iOS buat masa ini, dan mungkin akan diperkenalkan juga untuk para pelanggan pada platform Android tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.