Bank Pusat Rusia Mencadangkan Pemilikan, Perlombongan dan Perdagangan Kriptowang Diharamkan

Diterbitkan pada Jan 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejumlah negara seperti India dan China dilihat telah mula menguatkuasakan pengharaman perlombongan dan perdadgangan kriptowang, dan Rusia berkemungkinan akan menjadi negara seterusnya.

Laporan Reuters mengatakan bahawa bank pusat Rusia telah memberi cadangan kepada kerajaan negara tersebut untuk mengharamkan perlombongan dan perdagangan kriptowang di negara tersebut. Alasan yang diberikan oleh mereka termasuklah bahawa ia mengganggu kestabilan kewangan negara, kedaulatan polisi kewangan negara dan juga keselamatan rakyat.

Sekiranya cadangan ini diambil serius oleh pihak kerajaan tersebut, ia bermakna bahawa mereka akan menarik balik kebenaran untuk membolehkan rakyat memiliki kriptowang, walaupun ia tidak boleh digunakan untuk jual-beli di negara tersebut.

Bank pusat tersebut turut memberi cadangan untuk menggubal undang-undang baru yang mengharamkan perlombongan kriptowang di negara tersebut, khususnya apabila ia dilihat telahpun menyebabkan masalah bekalan kuasa di beberapa negara, seperti China dan Khazakhstan.

Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat mahu mengharamkan platform perdagangan kriptowang di negara tersebut, dan sekali lagi, Binance nampaknya akan kehilangan satu lagi negara dengan jumlah pemilik kriptowang yang besar tidak lama lagi, selepas ia dipaksa untuk menutup syarikat di beberapa negara, termasuklah Malaysia dan Singapura.

Sumber: Reuters

komen


© Amanz / 2022 Kami