Cari @ Amanz

Pada tahun ini, kita bakal melihat pasaran peranti pintar dibanjiri dengan produk baharu yang menawarkan beragam keunggulan tersendiri. Salah satunya, peranti dengan janaan cip Snapdragon 8 Gen1. Beberapa pengeluar telah sedia hadir dengan penawaran tersebut dan ZTE juga tidak mahu ketinggalan apabila turut mengumumkan bakal berbuat demikian.

Peranti berkenaan dikenali sebagai Nubia Z40 Pro dan ia bakal tiba sekitar bulan Februari depan. Ia juga bakal menjadi salah satu peranti pintar yang menggunakan Snapdragon 8 Gen 1 kelak. Pada masa sama, ia turut menyokong sistem penyejukan yang digunakan oleh industri aeroangkasa untuk pengalaman penggunaan lebih baik. Di samping itu, peranti juga akan dibekalkan kamera utama dengan dengan panjang fokus kanta pada kamera 35mm yang kemudiannya turut dipadankan dengan sensor Sony IMX787.

Bersama-sama dengannya, ia juga mempunyai sokongan untuk OIS. Kesemua perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak ZTE menerusi beberapa perkongsian poster acah yang dimuat-naik di laman Weibo. Sungguhpun begitu, belum ada sebarang tarikh pelancaran khusus yang dikongsi buat masa ini.

Sumber : Weibo, GsmArena

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd