Maxis hari ini melalui laman rasmi mereka menyatakan telah menambah semua pelan pascabayar dengan data tambahan sebanyak 10GB.
Dengan perubahan ini, sebagai contoh sekiranya anda melanggan pakej Maxis Postpaid 98 dengan 40GB data, bermula 20 Januari 2022, pelan anda kini menawarkan data sebanyak 50GB. Begitu juga untuk pakej-pakej lain, dimana ia ditambah dengan kuota tambahan 10GB.
Penambahan ini semestinya diminati ramai, memandangkan ia hadir tanpa sebarang kos tambahan kepada pengguna.
Pada masa yang sama, Maxis turut menawarkan rebat sebanyak RM200 bagi pendaftaran pelan pascabayar mereka secara atas-talian.