Gaji Tiga Bulan Pertama Datuk Bandar Baru New York Akan Ditukar Ke Kriptowang

Diterbitkan pada Jan 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tatkala kerajaan-kerajaan beberapa buah negara dilihat sedang mengetatkan aliran dan penggunaan kriptowang, Datuk Bandar New York, Eric Adams dilihat akan menukarkan gajinya kepada kriptowang bermula bulan ini.

Kriptowang yang dipilih beliau termasuklah Bitcoin dan juga Ethereum, dimana Eric Adams mengatakan bahawa dia mahu menjadikan New York sebagai destinasi utama global untuk penawaran dan perdagangan kriptowang.

Undang-undang kerajaan Amerika Syarikat dilihat tidak membenarkan untuk mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan untuk dibayar dalam sebarang bentuk pembayaran selain daripada wang, dan oleh kerana ini, akan menggunakan khidmat Coinbase untuk menukar gaji tiga bulan pertamanya ke kriptowang.

Perkara ini sudahpun disahkan sendiri oleh beliau sejak November tahun lepas, dimana dia mengatakan bahawa dia akan menukar gaji tiga bulan pertamanya sebagai Datuk Bandar New York kepada kriptowang, dan kini nampaknya telah mengotakan janjinya.

Beliau dilihat ahli politik kedua selepas Francis Suarez dari Miami yang menukar gaji dari wang fiat ke kriptowang untuk mempromosikan perdagangan kriptowang di Amerika Syarikat.

Sumber: The Verge

komen


© Amanz / 2022 Kami