Carian
Intel Memilih New Albany, Ohio Sebagai Lokasi Kilang Pembuatan Cip Terbesar Mereka
January 21, 2022 Nazrin

Melalui pelan IDM 2.0 mereka, Intel kini dilihat sedang membangunkan kilang-kilang baru dan menaiktarafkan bangunan-bangunan sedia ada untuk masa hadapan cip pemprosesan syarikat tersebut.

Intel kini dilihat akan membangunkan kilang pembuatan cip pemprosesan terbesar mereka di New Albany, Ohio, dan ini dilihat telah disahkan sendiri oleh kerajaan tempatan Ohio. Kilang tersebut akan mula dibangunkan pada tahun ini, dan dijangka siap dan beroperasi menjelang tahun 2025 kelak.

Kilang cip pemprosesan ini akan hadir dengan saiz 1000 ekar dan akan meneduhkan 3000 orang pekerja didalam dua kilang fabrikasi cip pemprosesan. Terdapat juga kebarangkalian bahawa Intel akan membangunkan enam kilang tambahan pada skala 1000 ekar tambahan di masa akan datang.

Intel turut mengatakan bahawa dengan pembangunan kilang ini, ia akan menjadi kilang pembuatan cip semikonduktor terbesar di dunia, dengan kebolehan untuk diperbesarkan lagi untuk memenuhi sebarang permintaan cip sekiranya diperlukan.

Intel dilaporkan memilih lokasi ini kerana faktor kos pembelian tanah yang murah, dan juga lokasinya yang berdekatan dengan Ohio State University yang mana ia mungkin peluang emas Intel untuk mendapatkan ramai graduan baru untuk menyertai tenaga kerjanya.

Sumber: The Verge

Komen