Cari @ Amanz

Meta telah pun memperkenalkan aplikasi Threads pada awal pagi ini, yang mana ia menawarkan pengalaman seumpama di Twitter – membolehkan pengguna berkongsi secara teks, gambar dan juga video.

Threads menggunakan akaun Instagram dalam mencipta profil, selain turut memudahkan pengguna menarik data seperti gambar profil dan bio ringkas dengan hanya satu klik.

Apa pun, bagi para pengguna Threads, salah satu perkara yang turut dinyatakan oleh Meta melalui polisi perkhidmatan Threads adalah, pengguna boleh nyah-aktifkan profil Threads pada bila-bila masa. Namun, untuk memadam profil Threads, ia hanya boleh dilakukan dengan memadam akaun Instagram sahaja.

Perkara ini mungkin sedia dijangka ramai, memandangkan akaun dipautkan bersama.

Buat masa ini, Threads sedia mencapai lebih 10 juta akaun berdaftar dalam tempoh hanya sekitar 7 jam sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd