Cari @ Amanz

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video popular yang dilanggan ramai. Melalui perkongsian terbaru pihak Netflix, mereka mengatakan mempunyai seramai 222 juta pelanggan berbayar pada penghujung 2021 lepas.

Pada suku ke-4 2021 yang lepas sahaja, Netflix telah menambah seramai 8.3 juta pelanggan berbayar.

Sejumlah rancangan dan siri-TV turut menyumbang kepada peningkatan populariti Netflix sekaligus membawa kepada langganan baru. Pada suku terakhir 2021 sendiri, antara siri popular adalah termasuk Squid Game dan juga filem Red Notice.

Di Malaysia, Netflix ditawarkan pada harga langganan bulanan bermula RM17, dan mencapai sehingga RM55 untuk pelan paling tinggi dengan paparan 4K HDR.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd