Carian
WhatsApp Sedang Menyiapkan Ciri Import Chat Dari Telefon Android Ke iPhone
January 22, 2022 Aman

WhatsApp sebelum ini telah memperkenalkan ciri mengimport chat dari iPhone ke peranti Android – dan telah menawarkannya pada sejumlah telefon Samsung, serta telefon Android 12 baru.

Selain daripada penawaran berkenaan, kini WhatsApp dilihat turut dalam persiapan memperkenalkan ciri lebih kurang sama pada iPhone. Dengan langkah ini, ia turut akan membolehkan para pengguna memindahkan arkib dan semua data perbualan dari telefon Android ke iPhone.

Melalui WABetaInfo, ciri ini masih pada peringkat pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua.

Komen