Xiaomi Melancarkan Tandas Latihan Kanak-Kanak Pintar

Diterbitkan pada Jan 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Melatih anak kecil untuk menggunakan tandas adalah cabaran yang perlu dilalui oleh semua ibu bapa. Prosesnya sukar kerana tandas di rumah yang besar dan anak yang kurang memahami apa yang perlu dilakukan. Ibu bapa di China boleh menghela nafas lega kerana Xiaomi telah melancarkan Ukideer Wonder Whale sebuah tandas latihan kanak-kanak yang pintar.

Ia direka untuk digunakan kanak-kanak berumur antara 0-6 tahun. Sistem beg plastik digunakan untuk membuang sisa tinja yang ditinggalkan ole pengguna sejurus selepas tandas selesai digunakan. Ibu bapa tidak perlu risau untuk menggantikan plastik kerana beg sepanjang 7 meter yang disertakan membolehkan tandas digunakan sehingga 45 kali sebelum perlu diisi semula. Bateri yang disertakan pula membekalkan kuasa sehingga 60 jam.

Terdapat sensor untuk mengelakkan ia disalahgunakan oleh kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan di rumah. Sistem pengudaraan memastikan tiada isu bau busuk berlaku ketika tandas digunakan dan tinja yang dikumpul dalam tempat simpanan. Tandas latihan kanak-kanak pintar Ukideer Wonder Whale sebuah tandas sedang mengumpul dana di laman biayasama Youpin pada harga RMB 599 (~RM395) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami