Cari @ Amanz

Razer hadir lagi dengan beberapa aksesori gaming terbaru bertemakan Hello Kitty and Friends. Kali ini Razer DeathAdder Essential, pelapik tetikus Goliathus, Razer Kraken BT dan Razer Iskur X ditawarkan dengan tema RaHello Kitty and Friends.

Serasi dengan teman Hello Kitty, kesemua aksesori ditawarkan dalam warna merah jambu dengan lukisan watak popular Hello Kitty, My Melody, Pompompurin, Kuromi dan Badtz-maru. Tiada perubahan spesifikasi dilakukan pada produk-produk asal kerana perbezaan hanyalah kosmetik semata-mata.

Jelas sekali terdapat permintaan untuk menggabungkan siri Hello Kitty dengan produk di gaming di pasaran. Sebelum ini Acer pernah menawarkan aksesori dan komputer bertemakan Hello Kitty juga. Bagi yang berminat untuk membeli kesemua aksesori ini, harga jualannya adalah seperti di bawah.

  • Razer Kraken BT – Hello Kitty and Friends Edition – RM669
  • Razer Deathadder Essential + Goliathus Medium Bundle – Hello Kitty and Friends Edition – RM299
  • Razer Lumbar Cushion – Hello Kitty and Friends Edition – RM299
  • Razer Iskur X Hello Kiity and Friends Edition – TBA
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd