Di Malaysia, Huawei P50 Pro Habis Dipra-tempah Dalam Masa 5 Hari
Ikhwan Nazri
Tahun lepas Huawei telah mengumumkan Huawei P50 Pro yang turut membawakan sistem operasi baharu iaitu Harmony OS2. Peranti yang baru dilancarkan secara rasmi 12 Januari lepas, telah habis dipra-tempah dalam masa 5 hari sahaja.
Pratempah ini juga turut menawarkan hadiah-hadiah yang bernilai sehingga RM 2,100. Walaupun dihambat sentimen pengguna yang berasa ketiadaan GMS sebagai satu kekurangan, jelas sekali ini bukanlah satu masalah.
Bagi anda yang terlepas untuk melakukan pra-tempahan, Huawei P50 Pro ini telah mula dijual bermula hari ini, dan masih menyertakan hadiah-hadiah percuma yang bernilai sehingga RM 900, sementara stok masih ada. Anda boleh mendapatkan peranti ini di kedai rasmi atas talian, serta kedai rasmi Huawei seluruh Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.