OnePlus 10R Dijangka Dilancarkan Bersama MediaTek Dimensity 9000

Diterbitkan pada Jan 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus sedia hadir dengan variasi keluarga “R” sebelum ini, dimana ia ditawarkan dibeberapa buah negara, dengan pengoptimasian pada spesifikasi berbanding peranti mercu utama.

Untuk tahun ini, OnePlus dilihat akan meneruskan siri “R”, melalui pengenalan OnePlus 10R yang disasarkan pengenalan pada suku kedua 2022 ini.

OnePlus 10R ini dijangka hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9000. Disebabkan oleh modem terbina pada Dimensity 9000, ia dijangka akan lebih disasarkan untuk pasaran Asia.

Disamping itu, mengikut info awal dikongsikan AndroidCentral, OnePlus 10R dijangka dilengkapi skrin 120Hz AMOLED, serta memori sekurang-kurangnya 8GB RAM.

OnePlus 10R ini dijangka akan berharga sedikit rendah berbanding OnePlus 10 Pro.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan OnePlus 10R ini dalam bulan-bulan akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami