Samsung Akan Menyertakan Kamera 50MP Pada Galaxy A23

Diterbitkan pada Jan 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung sedia mempunyai beberapa peranti dibawah siri Galaxy A, dan antara yang menawarkan spesifikasi asas adalah Galaxy A23.

Untuk tahun 2022 ini, walaupun ia hadir dengan spesifikasi asas, Samsung dilihat akan menyertakan sensor kamera bersaiz besar padanya.

Mengikut laporan baharu, Samsung sedang merancang mendapatkan sensor 50-megapixel daripada pihak SK Hynix untuk digunakan pada Galaxy A23 5G kelak. Telefon ini dijangka akan dipasarkan pada pertengahan kedua 2022 ini.

Galaxy A23 ini djangka akan menyertakan kamera utama 50-megapixel dibelakang, selain turut dilengkapi sensor tambahan lain seperti 5MP ultra-lebar, 2MP makro dan 2MP bokeh.

Dengan penyertaan ini, ia sekaligus membuatkan Samsung terus menaik-taraf penawaran asas mereka melalui siri Galaxy A.

komen


© Amanz / 2022 Kami