Apple Dikatakan Sebagai Antara Pembeli Berpotensi Untuk Peloton

Diterbitkan pada Jan 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peloton merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada kecergasan. Ia menawarkan beberapa produk untuk tujuan bersenam dan kekal cergas di rumah, termasuk antaranya sawat injak (treadmill) dan juga basikal setempat.

Melalui laporan terbaru, Peloton dilihat menghadapi cabaran pada operasi syarikat, kerana permintaan dikalangan pengguna berkurangan. Ia turut dikatakan Peloton akan menghentikan sementara pengeluaran produk kecergasan mereka.

Nilai saham syarikat berkenaan sendiri kini berharga 85% lebih rendah berbanding tahun lepas – sekaligus memperlihatkan keadaan syarikat yang tidak begitu stabil.

Dengan pelbagai laporan ini, kini hadir pandangan yang mana Apple mungkin menjadi pengambil-alih yang sesuai untuk pihak Peloton.

Apple sendiri sedia memfokuskan kepada arena kecergasan – melalui Apple Watch, dan Fitness+. Malah, pengenalan Fitness+ sendiri sebelum ini dilihat sebagai pencabar utama untuk Peloton kerana harga langganan yang lebih mesra penggua. Mengambil-alih Peloton dilihat mungkin melengkapkan lagi penawaran Apple dalam arena kecergasan.

Namun, ia masih tidak diketahui sama ada Apple berminat untuk mengambil-alihnya atau sebaliknya.

Bercakap mengenai kecergasan, sebelum ini, Fitbit turut dilihat mengalami pelbagai cabaran, dan akhirnya diambil-alih oleh Google.

komen


© Amanz / 2022 Kami