Google Chrome Versi Canary Kini Mencapai Angka Versi 100

Diterbitkan pada Jan 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sedia mempercepatkan pembangunan Google Chrome sejak daripada tahun lepas, dimana versi baharu diperkenalkan setiap empat minggu sekali. Ini sekaligus turut mempercepatkan pengenalan versi baharu Google Chrome setiap bulan.

Dengan langkah ini, kini versi pembangunan Google Chrome telah pun mencapai angka versi 100 pada saluran Canary. Semakan kami sendiri memperlihatkan Chrome Canary 100 telah pun mula ditawarkan melalui Android, dan Windows.

Selepas melalui fasa Canary, ia akan melalui beberapa fasa pembangunan lagi. Sekiranya semua berjalan lancar, kita akan melihat Chrome 100 diperkenalkan kepada umum dalam bentuk stabil menjelang Mac 2021 kelak.

Menariknya, ia akan kelak menjadikan Chrome antara pelayar web terawal mencapai angka versi tiga angka, iaitu 100.

Muat-Turun Chrome Canary

komen


© Amanz / 2022 Kami