Google Pixel 6a Mungkin Dilancarkan Mei Ini
Aman
Google telah pun melancarkan siri Pixel 6 pada tahun lepas. Hadir dengan cip pemprosesan tersendiri, telefon pintar ini turut menerima kritikan ramai kerana prestasinya, dan pelbagai masalah yang dialami pengguna peranti berkenaan.
Namun, perkara berkenaan tidak menghentikan perancangan Google dalam terus hadir dengan versi Pixel 6a.

Mengikut desas-desus, Google dijangka memperkenalkan Pixel 6a seawal Mei 2022 ini. Spekulasi awal mengatakan ia akan menggunakan cip Google Tensor, dan turut dilengkpai dengan kamera 12-megapixel.
Pixel 6a dilihat akan dipasarkan dengan harga lebih rendah, dan menawarkan spesifikasi pertengahan.
Kali terakhir Google memperkenalkan peranti Pixel pada acara Google I/O adalah pada Pixel 3a sebelum ini. Mungkinkah tahun ini kita akan melihat ia diperkenalkan pada tempoh berkenaan dan bukannya pada bulan Ogos seperti tahun lepas?

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.