Intel Akan Memperkenalkan Cip Khusus Melombong Bitcoin Seawal Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Jan 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel sedia terkenal dengan penawaran cip pemprosesan untuk komputer, dan pada tahun ini mereka turut akan memperkenalkan GPU generasi pertama mereka. Selain kedua-duanya, Intel juga dilihat akan memperkenalkan cip khusus untuk perlombongan kriptowang.

Melalui Tom’s Hardware, Intel dilihat akan membentangkan cip terbaru mereka, “Bonanza Mine” pada bulan hadapan. Ia merupakan cip ASIC yang menggunakan tenaga secara efisien untuk perlombongan Bitcoin.

Dengan langkah ini juga, ia akan mengurangkan keperluan pelombong kriptowang mendapatkan GPU untuk tujuan berkenaan, semetara untuk Intel pula mereka boleh memperluaskan penawaran ke pasaran baharu.

Selari dengannya juga, Intel dilihat turut telah memeterai perjanjian dengan salah satu syarikat melombong kriptowang, GRIDD, dimana mereka telah menandatangani perjanjian jangka masa panjang untuk mendapatkan cip daripada Intel.

Intel dijangka akan berkongsi lanjut berkenaaan dengan cip baru ini pada bulan hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami