Cari @ Amanz

Orang Malaysia tidak pernah menolak penawaran produk percuma. Sekiranya anda pelanggan Astro sebagai tanda berterima kasih ke atas sokongan yang diberikan sehingga mereka memenangi beberapa anugerah di Putra Brand Awards 2021, mereka menawarkan tontonan percuma semua saluran filem dan Korea mereka bermula 29 Januari sehingga 6 Februari 2022.

Astro dianugerahkan empat trofi untuk Astro, Go Shop, ERA dan HITZ. Oleh itu tontonan percuma pada 14 saluran-saluran filem dan kandungan Korea boleh dilakukan dengan menstrim kandungan Korea pula menerusi Astro Go dengan mengakses K-PLUS HD. Selain itu pelanggan Go Shop pula akan menerima diskaun RM10 untuk pembelian RM100 dan ke atas menggunakan kod PUTRATQ10 dalam tempoh yang sama. Senarai lengkap saluran percuma adalah seperti di bawah.

  1. BollyOne HD (CH251)
  2. BOO HD (CH404)
  3. Celestial Movies HD (CH309)
  4. Cinemax HD (CH412) 
  5. Citra HD (CH108) 
  6. HBO Family (CH414)
  7. HBO HD (CH411)
  8. HBO Hits (CH415)
  9. Hits Movies HD (CH401)
  10. Oh!K HD (CH394)
  11. Showcase Movies (CH413)
  12. Thangathirai (CH241) 
  13. tvN HD (CH395)
  14. tvN Movies HD (CH416)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd