Cari @ Amanz

Illegear ialah sebuah jenama komputer tempatan yang cukup terkenal untuk penawaran komputer riba gaming dan produktiviti mereka, termasuklah model Illegear Ionic dan Illegear Arte. Terkini, mereka dilihat menawarkan kemaskini komponen terbaru bagi mereka yang sedang mencari sebuah komputer riba untuk tujuan produktiviti kreatif yang hadir dengan rekaan nipis dan ringan.

Bermula dengan Illegear Ionic, siri komputer riba ini hadir dengan paparan skrin IPS bersaiz 14 dan 15 inci dengan resolusi Full HD yang boleh memaparkan 100 peratus gamut warna sRGB tanpa masalah, dan hadir dengan nilai kecerahan 300 nit.

Dari segi pilihan komponen, Illegear Ionic 14 dan 15 ini hadir dengan penawaran CPU AMD Ryzen 7 5700U dan AMD Ryzen 5 5500U dengan memori sehingga 64GB, storan SSD dan juga kad grafik AMD Radeon Graphics.

Kedua-dua model komputer riba ini hadir dengan ketebalan peranti sekitar 15mm, tetapi model 14 inci mempunyai berat 1.05kg sahaja, manakala model 15 inci seberat 1.45kg.

Illegear Arte Night Edition merupakan model komputer riba produktiviti terbaru dalam siri ini, dimana ia hadir dengan penawaran paparan skrin IPS bersaiz 14 inci sama yang hadir dengan kebolehan untuk memaparkan 100 peratus gamut warna sRGB, disamping kadar segar semula 90Hz dan juga nilai kecerahan paparan setinggi 400 nit.

Dari segi pilihan CPU, Illegear Arte Night Edition ini hadir dengan pilihan CPU Intel Core i7-11370H dan Intel Core i5-11300H dengan memori DDR4 sebanyak 64GB dan penggunaan SSD yang pantas. Komputer riba ini turut memperlihatkan penawaran cip pemprosesan grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 dan RTX 3050Ti.

Pra-tempahan untuk kedua-dua komputer riba ini telahpun dibuka, dimana Illegear Ionic 14 dan Ionic 15 hadir dengan tanda harga permulaan RM3199 dan RM3399 dari sekarang sehingga 31 Januari 2022 ini. Setiap pra-tempahan komputer riba ini akan hadir dengan penambahbaikan percuma memori 16GB (RM259), Samsung SSD PM991 (RM159) dan bahan penyejuk Thermal Grizzly Kryonaut (RM99).

Pra-tempahan untuk Illegear Arte 14 Night Edition juga sudah boleh dibuat sehingga 31 Januari 2022, dan akan hadir dengan harga permulaan RM5499 dan akan hadir dengan penambahbaikan percuma seperti memori 32GB (RM459), SSD Samsung PM991 bersaiz 512GB (RM159) dan bahan penyejuk Thermal Grizzly Kryonaut (RM99).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd