Carian
Katapat Dilancarkan – Permainan Wordle Bahasa Malaysia
January 24, 2022 Fahim Zahar

Wordle adalah permainan web yang kini tular dan dimainkan oleh ramai orang. Ia adalah permainan meneka perkataan yang hanya ada lima huruf, dan pemain boleh teka perkataan melalui proses penyisihan huruf-huruf yang salah.

Populariti permainan ini agak hebat sehingga versi klon tersebar di gudang aplikasi serta versi bahasa lain turut dilancarkan. Terkini, seorang pembangun bebas tempatan telah hadir dengan Wordle edisi Bahasa Malaysia yang diberi nama Katapat iaitu singkatan untuk Kata Tepat.

Cara permainan yang sama dengan Wordle, pemain perlu masukkan beberapa huruf dan harapkan setiap huruf itu adalah tepat. Jika huruf betul, tetapi salah tempat akan ada warna kuning, jika huruf yang tiada dalam sistem akan terus warna kelabu dan betul adalah warna hijau.

Sokongan mod susah dan untuk buta warna juga disediakan. Pembangun turut menyatakan yang ini adalah versi salinan Wordle dan galakkan orang ramai terus sokong versi asal. Jika anda berminat untuk main boleh terus ke pautan di bawah ini.

Komen