Carian
McDonald’s Malaysia Melancarkan Ciri “Order & Collect” Pada Aplikasi Secara Rasmi
January 26, 2022 Fahim Zahar

Apa-apa perkhidmatan, jika ada aplikasi yang memudahkan pengguna adalah amat membantu kerana urusan akan menjadi lebih mudah dan efisien. Antara yang kerap saya guna sendiri adalah aplikasi menempah makanan seperti Dominos, McDonald’s, atau juga KFC.

Aplikasi McDonald’s adalah antara aplikasi yang paling kerap saya gunakan kerana ia mudah dan ada banyak tawaran. Ia juga mempunyai integrasi McDelivery yang memudahkan lagi diri saya jika ingin menempah makanan dan dihantar terus ke rumah.

Terbaru, McDonald’s telah melancarkan secara rasmi ciri Order & Collect melalui aplikasi mereka. Ciri ini sebenarnya telah dilancarkan sejak Oktober lalu, tetapi penggunaannya masih terhad di cawangan terpilih. Kini McDonald’s mula mengembangkan ciri ini ke lebih banyak cawangan cara berperingkat. Dalam semakan kami, hampir semua sudah ada – tetapi masih ada beberapa cawangan tidak menyokong lagi ciri ini.

Ciri ini membenarkan pengguna tempah makanan atau minuman daripada aplikasi, jika ingin ubahsuai tempahan juga dibenarkan. Pengguna perlu pilih lokasi McDonald’s terlebih dahulu, sebelum memilih apa yang ingin dinikmati. Kemudian boleh pilih sama ada ingin bungkus untuk di bawa pulang atau ambil tempahan melalui pandu-lalu atau juga terus menjamu selera di cawangan McDonald’s yang dipilih. Sempena pelancaran rasmi hari ini, McDonald’s Malaysia turut menambah ciri Drive-in iaitu pandu masuk – yang mana pengguna tempah dan parkir dan pesanan akan dihantar terus ke kereta.

Pembayaran buat masa ini dilihat hanya boleh dilakukan dengan kad kredit atau debit sahaja dan tiada pilihan pembayaran menggunakan dompet digital. Selesai pembayaran, nombor tempahan akan diberikan dan ketika tiba di lokasi – tunjukkan sahaja nombor tempahan.

Ciri ini adalah lebih pantas dan pengguna tidak lagi perlu beratur. McDonald’s sebenarnya agak lambat memperkenalkan ciri ini, kerana KFC dan Dominos sudah lama menawarkan konsep yang sama. Apa-apa pun, dalam ujian yang saya lakukan sebentar tadi – ciri ini ternyata mudah untuk digunakan dan lebih pantas. Lebih-lebih lagi untuk saya yang tidak begitu gemar beratur panjang dan menunggu dalam tempoh yang lama.

Untuk mula menggunakannya, anda boleh muat turun aplikasi McDonald’s rasmi melalui pautan di bawah;

Komen