Sistem Kereta Api Belarus Digodam Bagi Menghalang Pergerakan Tentera Rusia Ke Ukraine

Diterbitkan pada Jan 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penggodam menyerang rangkaian kereta api di Belarus dengan perisian tebusan bagi menghalang ia digunakan oleh Rusia untuk penghantar tentera ke Ukraine. Kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka Belarussian Cyber-Partisan (BCP) telah mengunci pelayar, pangkalan data dan komputer kerja milik syarikat kereta api BelZhD sejak semalam.

BCP akan hanya memberikan kunci penyulitan kepada BelZhD untuk mengembalikan operasi sekiranya Presiden Alexander Lukashenko berhenti membantu Presiden Vladimir Putin menghantar askar Rusia ke Ukraine bagi tujuan menyerang negara tersebut. Situasi di Ukraine tegang sejak seminggu lalu dengan Rusia mula menghantar tentera mereka ke sempadan untuk menggantikan kerajaan dengan yang lebih selari dengan pentadbiran di Kremlin.

Sebagai langkah berjaya-jaga ahli NATO seperti UK mula memberikan bantuan kepada Ukraine dalam bentuk senjata antara kereta kebal dan Amerika Syarikat memberikan amarah sekiranya sekutu mereka diserang mereka akan menghantar tentera bantuan.

Sebelum ini rangkaian laman web milik kerajaan Ukraine berjaya dilumpuhkan kumpulan penggodam Rusia bagi mengganggu pentadbiran negara. Ukraine dan Rusia telah bertelagah sejak 2014 apabila Rusia merampas Semenanjung Krimea dari Ukraine.

Sumber ArsTechnica

komen


© Amanz / 2022 Kami