Cari @ Amanz

Meta hari ini berkongsi berkenaan AI Research SuperCluster (RSC), mengatakan ia bakal menjadi antara adikomputer AI yang terpantas di dunia, sekaligus mempercepatkan lagi kajian dan pembangunan kecerdasan buatan.

Adikomputer AI ini dijangka siap dibina pada pertengahan 2022 kelak. Dengan ini juga, ia akan membolehkan analisa teks, gambar dan video dengan pantas, selain turut digunakan dalam pembangunan beberapa perkara baharu. Ia juga dijangka akan membantu dalam pembangunan arena metamesta oleh pihak Meta.

Apabila RSC ini selesai dibina, ia dijangka akan menghubungkan 16,000 GPU, selain turut direka untuk kebolehan melatih data pada kadar 16TB/s, serta dengan sasaran memperluaskannya kepadaa 1 exabyte.

Dengan langkah ini juga, sesuatu AI (kecerdasan buatan) boleh dilatih dengan lebih trilion data dalam waktu yang singkat.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut sistem ini dari pihak Meta tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd