Carian
Dimensity 9000 Mengalahkan Snapdragon 8 Gen 1 Dan Exynos 2200 Dalam Ujian Geekbench
January 25, 2022 Effi Saharudin

Biasanya cip MediaTek dilihat sebagai pilihan pengeluar kerana ianya paling mampu milik tetapi tidak dapat menawarkan prestasi setanding dengan cip Qualcomm, Samsung atau Apple. Tetapi tahun ini situasi mungkin beribah selepas Ice Universe berkongsi markah penanda aras Geekbench 5 untuk empat cip mercu utama 2022.

Menurut grafik yang dikongsi, markah yang dicatatkan oleh MediaTek Dimensity 9000 adalah lebih tinggi berbanding yang dicatatkan oleh Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200. Ini adalah mengejutkan kerana situasi seperti ini tidak pernah berlaku. Malahan kedengaran ura-ura Samsung akan menggunakan cip Dimensity 9000 pada peranti Siri A mereka. Sedikit aneh sekiranya siri Galaxy A dilengkapi cip lebih berkuasa berbanding siri Galaxy S.

Sungguhpun begitu markah yang dicatatkan ini tidak semestinya menunjukkan situasi sebenar kerana markah ujian sintetik tidak sama dengan prestasi penggunaan sebenar. Kami hanya menanti untuk melakukan ujian penandas aras pada peranti sebenar apabila dilancarkan di Malaysia kelak.

Komen