Apple Mempatenkan Sistem Transparensi AirPods Automatik Yang Mengesan Kata Kunci Dan Penggera

Diterbitkan pada Jan 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah memfailkan paten dimana sistem transparensi akan diaktifkan secara automatik apabila mendengar kata kunci tertentu dan siren kecemasan. Menurut laporan AppleInsider, dengan ciri ini pengguna AirPods yang mengaktifkan mod pembatalan hingar (ANC) tidak akan terlepas teguran rakan misalnya apabila nama dipanggil. Kata kunci nama sendiri akan mengaktifkan mod transparensi secara automatik.

Ia juga berguna apabila pengguna sedang berada di lapangan terbang dan apabila sistem mengesan deringan sistem pengumuman, ANC akan dimatikan. Turut dipatenkan ialah ciri menyahaktifkan ANC apabila mengesan bunyi siren serta penggera. Amat berguna misalnya apabila pengesan asap di rumah berbunyi dan pengguna tidak lalai diulit lagu.

Walaupun paten telah difailkan ia tidak bermakna sistem akan diberikan kepada AirPods dalam masa terdekat. Di pasaran sekarang Sony dan Samsung ada menawarkan mod transparensi automatik pada TWS serta fon kepala keluaran mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami