“Scentses + Co” – Perkhidmatan Langganan Minyak Wangi, Pada Harga RM49.90 Sebulan

Diterbitkan pada Jan 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, terdapat sejumlah perkhidmatan berasaskan langganan yang ditawarkan di Malaysia, dan paling terbaru dan agak unik adalah perkhidmatan langganan minyak wangi.

Dinamakan Scentses + Co, ia membolehkan pengguna membayar RM49.90 sebulan, dan menerima wangian baharu setiap bulan. Pengguna boleh tetapkan wangian yang diinginkan, dan menerimanya setiap bulan dalam bungkusan khusus.

Terbaru juga, syarikat ini telah menerima suntikan dana daripada Malayan United Industries Berhad melalui bahagian pelaburannya, Pan Malaysia Ventures Sdn Bhd.

Nilai pelaburan tidak dikongsikan, tetapi melalui suntika dana pelaburan ini, ia menyasarkan pendapatan tahunan mencapai RM10 juta. Selari dengannya juga, suntikan dana pelaburan ini dijangka digunakan untuk tujuan pemasaran dan mendapatkan lebih ramai pengguna pada platform langganan mereka ini.

Layari : Scentses + Co

komen


© Amanz / 2022 Kami