Penggunaan Kad Touch ’n Go Untuk Bayaran Tol Akan Ditamatkan Pada 2025

Diterbitkan pada Jan 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelbagai lebuhraya kini telah memperkenalkan penggunaan RFID untuk laluan lebih pantas. Selari dengannya juga, kerajaan menyasarkan penamatan penggunaan kad Touch ’n Go dan juga SmartTAG secara berperingkat.

Melalui sebuah temuramah khas bersama pihak FMT, kini Menteri Kerja Raya mengatakan bakal menamatkan penggunaan kad Touch ’n Go untuk bayaran menjelang 2025 kelak. Tiada masa diberikan untuk SmartTAG, tetapi ia juga dijangka akan ditamatkan secara berperingkat dalam tempoh lebih kurang sama, kerana masih bergantung pada teknologi kad Touch ‘n Go.

Perkongsian terbaru ini memperlihatkan kerajaan melanjutkan lagi tempoh sasaran, yang sebelum ini ditetapkan pada 2023. Pada hari ini, terdapat sekitar 20 juta kad Touch ’n Go dalam penggunaan, dan meliputi hampir 91% transaksi di lebuhraya.

Perubahan ini selari dengan peralihan ke lebuhraya tanpa palang tol, dan memudahkan lagi proses pembayaran oleh para pengguna – yang turut dijangka ditawarkan sekitar 2025/26.

Lebih banyak kaedah pembayaran dijangka diperkenalkan tidak lama lagi, termasuk pembayaran menggunakan kad debit dan kredit.

komen


© Amanz / 2022 Kami