Cari @ Amanz

Permainan web teka perkataan yang ada lima huruf ciptaan Josh Wardle, iaitu Wordle amat popular. Ia dikatakan dimainkan oleh lebih 2 juta orang setiap hari sehingga terdapat versi klon dalam bentuk aplikasi, versi Indonesia dan juga antara yang terkini versi Bahasa Malaysia.

Populariti permainan ini trend di Internet dan orang ramai kongsi kejayaan atau kegagalan mereka di media sosial, lebih-lebih lagi di Twitter.

Terbaru, Google juga menyertai trend Wordle ini kerana jika anda mencari Wordle di enjin carian Google akan ada Google Doodle bertemakan Wordle muncul pada logo Google. Sampai bila Google akan kekalkan Google Doodle ini tidak pasti, tetapi ia kelihatan menarik kerana permainan web yang ringkas ini memberi impak besar di seluruh dunia.

Bagi yang berminat untuk lihat Google Doodle ini, cari sahaja perkataan Wordle pada Google. Manakala jika anda ingin main permainan ini, cara permainan adalah pemain perlu masukkan beberapa huruf dan harapkan setiap huruf itu tepat. Jika huruf betul, tetapi salah tempat akan ada warna kuning, jika huruf yang tiada dalam sistem akan terus warna kelabu dan betul adalah warna hijau.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd