Cari @ Amanz

Logitech sedia terkenal dengan penawaran aksesori komputer dan peranti mudah-alih yang pelbagai. Ini termasuklah papan kekunci, tetikus dan sebagainya. Kesemuanya mempunyai fokus dan tujuan berbeza, di samping penawaran harga jualan yang mengikut kesesuaian.

Selari dengannya, Logitech kini hadir dengan penawaran tetikus nirwayar baharu. Melaluinya, Logitech Signature M650 Mouse telah diumumkan yang bertujuan memenuhi keperluan majoriti pengguna untuk kerja harian. Lebih menarik, ia juga ditawarkan dalam beberapa variasi berbeza di mana sangat baik untuk penggunaan segenap pengguna. Ini termasuklah tetikus dengan saiz standard, besar (dikenali sebagai Signature M650L) dan variasi yang mesra dengan penggunaan tangan kidal.

Di samping itu, tetikus ini juga menggunakan teknologi SilentTouch yang tidak mengeluarkan bunyi ketika ditekan, sekaligus berupaya meningkatkan fokus pengguna. Pada sisi kanan tetikus terdapat dua butang kawalan tambahan yang boleh diprogramkan. Kemudian, tetikus turut menampilkan penyesuai USB Logi Bolt yang boleh berfungsi dengan peranti MacOS, Windows, Linux dan OS Chrome yang mempunyai port USB-A. Di samping itu, terdapat juga sambungan berasaskan bluetooth yang serasi dengan peranti iOS, iPadOS dan Android yang menyokong.

Seterusnya, bateri yang digunakan adalah jenis AA dan mampu bertahan sehingga dua tahun lamanya. Bagi yang berminat, Logitech Signature M650 dan Signature M650L ditawarkan pada harga RM159. Ia sudah boleh didapati menerusi pengedar sah Logitech Malaysia bermula hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd